Dulu kerajaan negeri telah menubuhkan satu badan yang dinamakan Masih Ada Yang Sayang dibawah unit penguatkuasaan JAIS yang bertujuan untuk menangani masalah sosial dan akidah di Selangor.
Badan ini dilihat gagal untuk berfungsi sepenuhnya berikutan isu DUMC dan sekarang kembali dengan nama baru iaitu USA.
Tahniah kepada Dato Hasan Ali yang menubuhkan Unit Selamatkan Aqidah (USA) dalam isu DUMC yang masih gagal diselesaikan oleh Khalid Jamban.
Kegagalan Khalid Jamban untuk menyelesaikan masalah ini bukan sekadar satu perkara baru kerana beliau sebelum ini sudah beberapa kali gagal dalam beberapa perkara yang kita sedia maklum dan tidak perlu dikupas panjang.
USA dilihat sebagai satu gerak kerja Hasan Ali yang jelas cuba membayangi Majlis Syura yang telah ditukar nama selepas dimalukan oleh Sultan Selangor.
Walaupun hala tuju USA ini masih belum jelas seperti apa bidang kuasa yang diberikan dan apakah implikasi USA ini kepada kerajaan Selangor, kita sudah boleh memikirkan adanya campur tangan ajaib yang akan cuba memastkan USA ini gagal supaya undi bukan Melayu tidak akan lari dari tangan pembankang.
Di Selangor, kita sedia maklum ada beberapa firaun yang kita tahu sememangnya tidak begitu mengemari setiap tindakan Hasan Ali antaranya Ronnie Liu,Teresa Kok dan beberapa orang lagi.
Sudah pasti mereka akan memastikan bidang kuasa yang diberikan kepada USA tidak mengugat apa yang telah terlaksana sepertimana yang dilakukan oleh DUMC.
Gerakan Cegah Murtad telah ditubuhkan selepas isu DUMC sebagai langkah awal satu NGO yang akan memantau apakah peranan kerajaan negeri Selangor dalam isu akidah dan sosial.
GCM juga telah menyatakan mereka bersedia bekerjasama dengan USA dalam perkara melibatkan akidah.
Semoga GCM akan terus menjadi satu NGO yang tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak walaupun dengan USA sekalipun.
Apa yang wajib GCM lakukan adalah memastikan adakah USA ini melakukan tanggungjawap yang diberikan ataupun tidak.
Jangan sekadar bersalin kulit tetapi isi dan matlamat tetap sama kerana mahu menutup pekung di dada.
Kerajaan Selangor terkenal dengan gimik politik bodoh dalam usaha memperbodohkan rakyat. Ini perkara asas yang wajib kita ingat sehingga PRU akan datang.
Kenyataan Media GCM
Gerakan Cegah Murtad (GCM) mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Hassan Ali, Exco Hal Ehwal Islam yang mengumumkan penubuhan Unit Selamatkan Aqidah semalam.
Penubuhan unit ini tercetus dari polemik Dumc yang berjaya membangkitkan kesedaran umat Islam Selangor mengenai dakwah kristianisasi yang sangat pantas berkembang di Selangor sejak tiga tahun ini.
GCM mengalu-alukan Unit baru ini dan mencadangkan agar ianya diperluaskan kepada seluruh pejabat Agama Islam Daerah Negeri Selangor ini.
Disamping itu GCM menggesa Dr Hassan Ali melihat perspektif yang lebih besar iaitu meferomasikan institusi Lembaga Zakat Selangor yang dilihat gagal untuk memberikan perhatian yang sewajarnya kepada asnaf muallaf berbanding dengan asnaf-asnaf yang lain. Ini dapat dilihat dari jumlah pengagihan zakat asnaf muallaf yang jauh lebih rendah dari asnaf amil, fakir, miskin atau fisabillilah.
GCM ingin berkongsi pandangan dan maklumat dengan Dr Hassan Ali. Kami sedia bekerjasama dengan Unit ini dan Pejabat Exco Agama Islam Selangor untuk memperkasa dan menghakupayakan peranan Institusi dan Ngo Islam di Selangor dalam menangani cabaran penukaran aqidah umat Islam di Selangor.
Hamidzun Khairuddin
Jurucakap
Gerakan Cegah Murtad (GCM)